Ahad, 7 Ogos 2016

Akibat Buruk Tak Pakai Stoking Masa Pantang



"Lecehlah nak pakai stoking. Selimut ajelah kaki tu, sama sahaja. Kalau tak pun pakai selipar dalam rumah yang comel-comel tu. Tutup juga kaki."

Itulah kata-kata seorang ibu dalam pantang yang nak elak 'rutin berpantang'. Ada ke ibu-ibu kat sini macam tu masa dalam pantang?

Macammana Kak Za tahu? Sebab dulu masa mengandung anak pertama dan kedua, Kak Za pun macam tu. Tapi itu perangai Kak Za yang degil dulu. Darah muda, semua yang ummi kata Kak Za nak bangkang. Maklumlah mama moden kan.

Tapi Kak Za tahu, ibu-ibu muda sekarang bagus tak macam KakZa dulu. Semua yang Kak Za jumpa sekarang rajin dan disiplin masa dalam pantang sebab tu sentiasa nampak sihat, cergas dan cantik. Tahniah sayang-sayang semua.

Ok apa jadi kalau tak pakai stoking dalam pantang ni? Simple sahaja sebabnya. Kaki sejuk, Angin masuk, urat kembang, badan lemah.

Apa tu? Maksudnya, belum tua lagi tapi badan dah lagi tua dari usia sebenar. Nak buat aktiviti  harian seperti kemas rumah, jaga anak, layan suami pun tak larat.

Nak ke? Kalau tak nak, pakai stoking ya masa pantang. Lebih bagus, sepanjang waktu terutama sewaktu tidur walaupun sudah habis tempoh berpantang.

Try buat dulu mulai sekarang dan nanti share dengan Kak Za macammana perubahan badan. (Terutama ibu-ibu yang memang dah rasa badan lemah tak bertenaga tu)

Salam Sayang
Kak Za
berpantangsendiri.blogspot.my

Rabu, 23 Disember 2015

Buku Resepi Berpantang Mudah Sesuai Untuk Ibu Berpantang Sendiri

Apa khabar semua bakal-bakal ibu? Sebelum ini Kak Za ingin sangat nak kongsikan sesuatu untuk pembaca-pembaca blog berpantang sendiri ini. Tetapi tak tahu nak kongsi apa selain daripada pengalaman Kak Za sendiri.

Tapi Alhamdulilah, baru-baru ini Kak Za dapat kumpulkan 40 resepi mudah yang sangat sesuai untuk ibu yang berpantang sendiri. Mudah sangat sebab suami pun boleh tolong masakkan. Bukan itu sahaja, banyak lagi kebaikan bila dapat download buku resepi ini. Kak Za senaraikan di bawah apa yang bestnya ebook "40 Hari Berpantang, 40 Resepi" ini.

1. Tak perlu susah-susah fikir nak makan apa sepanjang tempoh berpantang
2. Resepi mudah yang boleh disediakan sendiri atau boleh disediakan oleh suami walaupun tak reti masak sebelum ini.
3. Resepi berpantang ini boleh bantu ibu-ibu yang lepas bersalin kembali langsing
4. Lengkap untuk 40 hari, setiap hari ada resepi berbeza yang membuatkan ibu berpantang tak rasa muak makan lauk yang sama.
5. Bahan-bahan masakan juga ringkas tetapi sedap. Tak perlu nak pening kepala nak cari bahan-bahan untuk penyediaan memasak.

Jadi apa lagi, kalau ibu-ibu nak senang hati dalam pantang, malas dah nak fikir pasal menu berpantang, klik dan download sahaja. Harga Ebook "40 Hari Berpantang, 40 Resepi" Ini pada harga pasaran RM 49.00.

Tapi kalau nak harga promosi murah, boleh dapatkan di sini. Harga RM 15.00 sahaja (KLIK PADA GAMBAR EBOOK untuk melihat antara kandungan dalam buku resepi ini)

http://www.bengkungmama.com/products-page/produk-kurus/ebook-40-hari-berpantang-40-resepi/

Buku resepi ini dalam bentuk Ebook, maksudnya boleh download ke telefon, ipad atau pc. Kak Za cadangkan download dalam telefon terus. Senang masa masak, letak aje telefon di sebelah dan ikut step by step resepi yang diberikan.

Apa yang paling best beli ebook ini, ada jaminan wang dipulangkan kalau ibu-ibu rasa kandungan dalam ebook ini tidak menepati apa yang dijanjikan. Bestkan... tak lah risau keluarkan duit, last-last tengok tak berbaloi pun dengan apa yang diberitahu. Kak Za tak mahu pembaca ebook rasa kecewa, sebab itu Kak Za beri jaminan ini.

Jom klik link ini untuk membaca preview mengenai buku ini ya.

Jumaat, 2 Oktober 2015

5 Perkara Yang Isteri Berpantang Wajib Jauhi

Masa dalam pantang, sebenarnya banyak tugas yang isteri walaupun berpantang boleh buat sendiri.Tapi selepas 2 minggu la. Minggu pertama dan kedua tu, banyakkan berehat ya. Beri tempoh bertenang untuk anggota badan pulih kembali.

Kalau ikut apa yang ummi kak za nasihat pada kak za yang tak reti duduk diam ni. Seminggu pertama tu jangan buat apa-apa aktiviti lagi. Duduk diam di tempat tidur dan hanya berjalan-jalan perlahan dalam bilik untuk hilangkan lenguh badan dan lancarkan peredaran darah. Aktiviti utama hanyalah susukan anak dengan baring dan tidur sahaja. Memang tempoh yang paling seksa bagi kak za.

Waktu seminggu tu suami kena ambil semua tanggungjawab kalau nak berpantang sendiri. Kalau tak mampu, dapatkan pembantu yang boleh uruskan bayi dan rumahtangga. Ibu perlu pulihkan tenaga dan berehat secukupnya. Tapi kalau bayi jenis menangis tu, memang jangan dok jangka boleh berehat la. Asyik mengantuk aje sebab tidur tak cukup.

Selepas 2 minggu sudah boleh buat kerja-kerja rumah yang ringan seperti memasak ringkas, mandikan bayi, kemas rumah sikit-sikit tapi jangan lebih-lebih. Paling penting sekali ada pantang larang juga wanita dalam pantang ni. Ini kak za kongsikan 5 perkara yang tidak boleh dilakukan dalam pantang.

Jadi jangan mengada-ada nak buat tugas-tugas di bawah. Biarlah suami yang buat. Jika suami tak nak buat, biarkan walaupun sakit mata memandang

1. Basuh baju (basuhan tangan) atau bilik air

Ibu berpantang main air boleh kembang urat. Kalau kak za berpantang di rumah ummi, memang banyak sangat pantang larangnya.Itu tak boleh, ini tak boleh sampai naik rimas. Tapi lepas anak dah lima ni baru tahu yang apa yang ummi larang dulu betul.

Nak tahu kembang urat tu macammana? Kak za memang tahu sebab dah kena. Shhh...waktu kena tu memang tak tahu nak rasa macammana. Rasa badan tak panas macam orang demam, tapi sejuk menggigil serba tak kena. Sakit habis sendi dan bisa-bisa badan. Waktu kena tu suami selimut dengan 2 helai komforter pun tetap menggigil sampai dia tak tahu buat apa-apa. Last-last dia masuk sekali dalam selimut dan peluk Alhamdulilah kena tu sekejap sahaja, taklah sampai 24 jam.

Bila telefon ummi bagitahu, dia cakap bentan atau demam urat. Memang biasa jadi pada wanita berpantang yang tak berpantang...dalam hati kak za senyum mengaku,aku la tu, hehehe..

Waktu kak za kena tu, bukan buat kerja banyak pun. Kak za basuh tangan lampin-lampin bayi yang beberapa helai tu. Sikit aje, bukan banyak pun. (Alasan...)


2. Turun naik tangga

Walaupun rumah 2 tingkat, tapi sampai sahaja di rumah terus naik ke tingkat atas. Terpaksa sebab bilik di tingkat atas. Naik pun perlahan-lahan jalan macam jepun supaya tak terhentak kaki kuat-kuat. Nak kena kepit sahaja kaki tu... hehehe...masa ni lah Kak Za jadi orang yang paling ayu sekali di dunia. Kalau tidak haha...nasib baik tangga batu. Kalau tangga kayu, confirm bergegar tangga tu.
Duduk bersila tak boleh, duduk tergantung kaki pun tak boleh... kena banyakkan baring dan kaki lurus.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Duduk bersila tak boleh, duduk tergantung kaki pun tak boleh... kena banyakkan baring dan kaki lurus.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

3. Angkat benda berat

Kalau bersalin pembedahan lagi la kena elak sungguh angkat benda berat ni. Kalau nak angkat berat juga, angkat bayi sendiri sahaja kerana dikhuatiri peranakan jatuh. Kalau tak tahu jatuh peranakan tu macammana, memang tak rasa takut pun. Kalau tahu atau pernah dengar orang lain yang mengalami, memang confirm ibu-ibu tak buat. Ngeri tau.... 

4. Menjahit pakaian

 Kak Za masa berpantang tak adalah menjahit, tapi banyak membaca dan menaip di notebook. Tapi itu pun umi kak za larang. Tak pula ummi cakap kenapa. Tapi sebab kak Za tak puas hati, buatlah kajian di internet. Rupa-rupanya menjahit dan membaca semasa dalam pantang boleh menyebabkan mata cepat rabun. Mata pun kena berehat masa dalam pantang rupanya.

5. Keluar rumah waktu senja atau malam



Pantang yang ni memang kak Za ikut sebab logik sangat. Ummi tak cakap pun, rasa-rasa memang sangat betul dari segi sains dan doktor pun mengiakan. Ibu berpantang dan bayi baru lahir sangat lemah dari segi fizikal dan juga rohani. Kalau dari segi sainsnya, mudah dapat jangkitan sebab orang ramai yang mungkin berada di ruangan yang sama mungkin bawa virus. Mungkin mereka baru baik demam atau sakit, jadi mudahlah badan ibu dan bayi yang masih lemah terkena jangkitan.

Malah dalam agama islam sendiri pun disebut tentang larangan keluar waktu senja ni. Kak Za bukan arif sangat, tapi boleh rujuk sendiri ya. Yang Kak Za nak share hadis ni.

Dari Jabir bin Abdullah RA katanya Rasullah SAW bersabda,
"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja." (HR Muslim)

Bagi orang-orang tua pula, waktu senja dan malam hari ada makhluk lain yang sedang keluar bergembira. Nanti terlebih gembira pula bila lihat ibu dan bayi yang masih lemah tu.Eiii hantu syaitan la tu kan, apa lagi makhluk lain, apa-apa pun janji ibu-ibu faham ya.

Biar nampak remeh, tetapi kesannya sangat tidak elok untuk ibu. Kak Za dulu walaupun ada yang terbuat, tapi bila dah anak lima ni baru sedar betapa pentingnya ikut pantang larang ini. Kak Za harap adik-adik yang bakal bergelar ibu dapat manafaat dari perkongsiaan pengalaman kak za.

Sabtu, 26 September 2015

Emosi Wanita Dalam Pantang Menakutkan

Persediaan Emosi Sebelum Berpantang Sendiri
------------------------------------------------

Persediaan utama bukan hanya peralatan tetapi yang paling utama emosi suami dan isteri. Sabar, sabar, sabar 1000X kalau mahu teruskan niat berpantang sendiri. Suami kena bersabar dengan kerenah isteri. Isteri pula kena bersabar jika apa yang dimahukan lambat disediakan atau tidak kena seperti yang dijangka.
Anggaplah tempoh ini, tuhan mahu menduga sejauh mana kasih-sayang sepasang pasangan ini. Kedua-dua suami dan isteri baru menerima hadiah besar pemberian tuhan, iaitu seorang bayi yang lahir dari hubungan kasih sayang. Teruskan berkasih sayang walaupun di waktu susah apatah lagi di waktu senang.
Sentiasa berzikir jika ada situasi yang membuatkan kedua-dua dalam keadaan tertekan. Ingat kembali betapa susahnya isteri berjuang semasa melahirkan bayi comel itu. Isteri sangat perlukan bantuan dan masa ini bukan sahaja bayi yang perlukan perhatian, isteri juga. Belailah kedua-dua mereka dengan penuh kasih sayang.
Buat si isteri, bila suami terlalu penat kerana tidak dapat tidur lena, ucapkan terima kasih berulang-ulang kali. Berilah peluang suami berehat ketika bayi tidur. Jangan dipaksa suami keterlaluan. Jika anda perkara yang isteri mampu lakukan seperti mandikan bayi, lakukanlah. Jangan letakkan semua beban ke atas suami.

Sabtu, 19 September 2015

Wanita Merana Dalam Pantang Jika Dapat Suami Macam Ini

Susah Senang Berpantang Sendiri
-----------------------------------

Berpantang sendiri sangat susah jika:-

1) Mempunyai suami yang berat tulang dan tidak suka membantu
2) Sebelum bersalin terutama untuk kelahiran anak pertama, tidak pernah lihat atau tidak pernah belajar uruskan bayi yang baru lahir
3) Mengalami komplikasi atau kesusahan semasa bersalin menyebabkan ibu langsung tidak boleh bangun dari katil


Berpantang sendri sangat senang jika:-

1) Suami ringan tulang membantu uruskan isteri, bayi dan rumahtangga
2) Pernah melalui pengalaman bersalin dan berpantang sebelum ini
3) Isteri dalam keadaan sihat dan boleh bangun dari tempat tidur



Sebelum membuat keputusan ambil kira semua faktor, dan jangan semata-mata mengikut pengalaman orang lain kerana setiap kelahiran dan proses berpantang tidak sama antara seorang ibu dengan ibu lain. Juga tidak sama antara anak pertama, kedua dan seterusnya.

Selasa, 15 September 2015

Berpantang Sendiri Selepas Bersalin Pembedahan/Cesarean

Salam sayang kepada bakal-bakal ibu yang makin hari makin tak sabar untuk menunggu waktu. Tenang ya walaupun terpaksa bersalin secara pembedahan atau ceasarian. Insyaallah semua akan selamat.

Empat orang anak kak za dilahirkan secara czer juga. Hanya anak kedua sahaja yang bersalin biasa. Yang lain macam-macam asbab utk lahir czer. Emergency pula tu. Yang last saja yang memang plan dari awal.

Teringat lepas lahirkan anak ketiga. Itulah sorang sahaja anak perempuan kak za, Nurdina Auliya. Jadi redha sahaja bila Allah bagi dugaan lebih sikit. Dua minggu kak za tak boleh nak angkat kepala. Sakit yang amat hanya Allah saja yang tahu.

Tak tahulah masalah terlebih ubat bius ke, tapi doktor kata mungkin disebabkan angkat kepala awal dari waktunya. Sepatutnya 6 jam pertama tak boleh angkat kepala. Letak kepala atas bantal pun tak boleh. Memang tidur tak selesa tapi enam jam sahaja kena bersabarnya.

Tapi seingat kak Za, rasa-rasanya time tu lepas sedar tu terus kepala rasa berat. Lepas bersalin memang terlena dan bila sedar dah ada dalam wad. Sedar-sedar sahaja kepala sakit sangat. Lepas sehari pun tak boleh nak tidur atas bantal. Nasib baik jururawat di Hospital Sultanah Bahiyah tu  baik sangat. Jururawat yang paling best sekali nurse cina tu. Tak ingat nama dia...

Dia yang banyak bantu ambil bayi dan betulkan kedudukan bayi masa menyusu. Kak Za masa tu nak pandang bayi yang tidur atas lengan pun tak mampu. Nak toleh kiri kanan pun sakit. Memang kepala tak boleh nak gerak langsung. Bila suami datang lewat, jururawat cina tu siap nak tolong suapkan kak za makan lagi. Tapi kak za menolak, segan pula. Jadi sabar tunggu suami. Suami suap lagi best kan...hahaha. mengada-gada kan..

Bila suami datang nurse tu suruh suami buatkan air kopi satu jug bagi kak za minum supaya cepat-cepat sakit kepala tu hilang.Betul cakap nurse tu, memang lega sikit. Tapi kalau angkat kepala, kak za masih tak boleh buka mata dan kena tahan sakit kepala tu.


Lepas 3 hari doktor dah bagi balik rumah sebab semuanya tak ada masalah. Luka pun dah elok bila di buka. Bila di tanya pasal sakit kepala tu, doktor kata itu biasa dan akan hilang dalam dua tiga hari. Lega dengar.

Tapi selepas 2 minggu, sakit kepala berterusan.Tak tahu berapa jag kopi dah ditelan sepanjang tu. Memang ujian besar apatah lagi kami berpantang di rumah sendiri. Anak-anak lagi 2 orang yang masih kecil. Bayi nak diuruskan lagi. Memang ujian berat. Tapi ujian buat suami sebenarnya sebab kak za memang tak boleh nak bangun bergerak. Terbaring sahaja atas katil.

Mulut sahaja yang banyak cakap untuk guide pada suami apa yang perlu dibuat. Pengalaman yang paling ngeri masa suami mandikan bayi. Risau sampai terjerit-jerit tengok bayi tak sampai seminggu mandi bo*el terus dalam besen. Kain tuala dan kain lampin diletak atas katil. Lepas mandi dengan bayi basah-basah tu,dia tak peluk pun, bawa macam budak besar. Takut sangat bayi jatuh. Suami kak za pun lepas tu serik tak nak pegang bayi kecil dah. Dia rasa macam pegang agar-agar je, fragile. Kalau ingat balik, rasa kelakar pula.

Tapi lepas hari tu lah, kak za tekadkan semangat untuk cepat -cepat baik. Walaupun masih belum sembuh sepenuhnya ,tapi tugas mandikan bayi kak Za buat juga sendiri.Walaupun suami mengaku tak mampu buat tugas ini, tapi semua tugas-tugas lain termasuk memasak, suami yang buat.

Inilah persefahaman yang perlu ada bila bergelar ibubapa.

Persediaan Berpantang Sendiri, Cari Yang Mudah

Tip Sediakan Persiapan Berpantang
-----------------------------------------------

Cari kelengkapan dengan kata kunci - MUDAH. Mudahkan suami, biar sama-sama dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan mudah. Suami isteri senang hati, bayi dapat tidur lena.



Set berpantang Asas
----------------------------
Makan jamu hanya sekiranya perlu. Tapi Kak Za tak sanggup nak berulang alik ke klinik untuk periksa darah bayi kalau kena kuning. Pernah rasa tinggal di wad selama 2 minggu selepas melahirkan anak sulung, Nabil Asif. Kali kedua anak kena tinggal di wad sebab kuning, anak ke lima. Anak ke lima bersalin hospital swasta, INS Alor Setar. Ibu boleh balik, tapi anak kena tinggal di hospital. Pun tak best juga sebab penat kena kerap ke hospital untuk susukan anak. Nak pump pun susu tak keluar banyak lagi. Kalau tak pergi, rindu sangat pada bayi. Serba salah juga.

Jadi kak za cadangkan ambil supplement yang dibekalkan oleh doktor sahaja untuk memberikan tenaga kepada ibu. Insyallah ibu sihat, bayi pun sihat.

Mandian herba penting untuk mengembalikan tenaga ibu dan juga buang angin yang tak elok. Kalau nak cari mandian herba, cari yang mudah direbus dan mudah disimpan.
Tungku - dapatkan yang tidak terlalu berat supaya isteri boleh bertungku sendiri
Bengkung - beli yang isteri boleh pakai sendiri tanpa bantuan suami

Keperluan Bayi
---------------------
Bedung bayi - dapatkan yang betul-betul dapat membalut bayi dengan kemas supaya bayi tidur lena dan memberikan lebih masa rehat untuk ibu dan ayah
Susu Ibu adalah yang terbaik, agar ayah tidak perlu berlari-lari membancuh susu di waktu siang dan dapat tidur lena di waktu malam.
Kelengkapan mandian bayi letak di atas meja supaya mudah ibu mandikan bayi sendiri.