Jumaat, 2 Oktober 2015

5 Perkara Yang Isteri Berpantang Wajib Jauhi

Masa dalam pantang, sebenarnya banyak tugas yang isteri walaupun berpantang boleh buat sendiri.Tapi selepas 2 minggu la. Minggu pertama dan kedua tu, banyakkan berehat ya. Beri tempoh bertenang untuk anggota badan pulih kembali.

Kalau ikut apa yang ummi kak za nasihat pada kak za yang tak reti duduk diam ni. Seminggu pertama tu jangan buat apa-apa aktiviti lagi. Duduk diam di tempat tidur dan hanya berjalan-jalan perlahan dalam bilik untuk hilangkan lenguh badan dan lancarkan peredaran darah. Aktiviti utama hanyalah susukan anak dengan baring dan tidur sahaja. Memang tempoh yang paling seksa bagi kak za.

Waktu seminggu tu suami kena ambil semua tanggungjawab kalau nak berpantang sendiri. Kalau tak mampu, dapatkan pembantu yang boleh uruskan bayi dan rumahtangga. Ibu perlu pulihkan tenaga dan berehat secukupnya. Tapi kalau bayi jenis menangis tu, memang jangan dok jangka boleh berehat la. Asyik mengantuk aje sebab tidur tak cukup.

Selepas 2 minggu sudah boleh buat kerja-kerja rumah yang ringan seperti memasak ringkas, mandikan bayi, kemas rumah sikit-sikit tapi jangan lebih-lebih. Paling penting sekali ada pantang larang juga wanita dalam pantang ni. Ini kak za kongsikan 5 perkara yang tidak boleh dilakukan dalam pantang.

Jadi jangan mengada-ada nak buat tugas-tugas di bawah. Biarlah suami yang buat. Jika suami tak nak buat, biarkan walaupun sakit mata memandang

1. Basuh baju (basuhan tangan) atau bilik air

Ibu berpantang main air boleh kembang urat. Kalau kak za berpantang di rumah ummi, memang banyak sangat pantang larangnya.Itu tak boleh, ini tak boleh sampai naik rimas. Tapi lepas anak dah lima ni baru tahu yang apa yang ummi larang dulu betul.

Nak tahu kembang urat tu macammana? Kak za memang tahu sebab dah kena. Shhh...waktu kena tu memang tak tahu nak rasa macammana. Rasa badan tak panas macam orang demam, tapi sejuk menggigil serba tak kena. Sakit habis sendi dan bisa-bisa badan. Waktu kena tu suami selimut dengan 2 helai komforter pun tetap menggigil sampai dia tak tahu buat apa-apa. Last-last dia masuk sekali dalam selimut dan peluk Alhamdulilah kena tu sekejap sahaja, taklah sampai 24 jam.

Bila telefon ummi bagitahu, dia cakap bentan atau demam urat. Memang biasa jadi pada wanita berpantang yang tak berpantang...dalam hati kak za senyum mengaku,aku la tu, hehehe..

Waktu kak za kena tu, bukan buat kerja banyak pun. Kak za basuh tangan lampin-lampin bayi yang beberapa helai tu. Sikit aje, bukan banyak pun. (Alasan...)


2. Turun naik tangga

Walaupun rumah 2 tingkat, tapi sampai sahaja di rumah terus naik ke tingkat atas. Terpaksa sebab bilik di tingkat atas. Naik pun perlahan-lahan jalan macam jepun supaya tak terhentak kaki kuat-kuat. Nak kena kepit sahaja kaki tu... hehehe...masa ni lah Kak Za jadi orang yang paling ayu sekali di dunia. Kalau tidak haha...nasib baik tangga batu. Kalau tangga kayu, confirm bergegar tangga tu.
Duduk bersila tak boleh, duduk tergantung kaki pun tak boleh... kena banyakkan baring dan kaki lurus.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Duduk bersila tak boleh, duduk tergantung kaki pun tak boleh... kena banyakkan baring dan kaki lurus.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

3. Angkat benda berat

Kalau bersalin pembedahan lagi la kena elak sungguh angkat benda berat ni. Kalau nak angkat berat juga, angkat bayi sendiri sahaja kerana dikhuatiri peranakan jatuh. Kalau tak tahu jatuh peranakan tu macammana, memang tak rasa takut pun. Kalau tahu atau pernah dengar orang lain yang mengalami, memang confirm ibu-ibu tak buat. Ngeri tau.... 

4. Menjahit pakaian

 Kak Za masa berpantang tak adalah menjahit, tapi banyak membaca dan menaip di notebook. Tapi itu pun umi kak za larang. Tak pula ummi cakap kenapa. Tapi sebab kak Za tak puas hati, buatlah kajian di internet. Rupa-rupanya menjahit dan membaca semasa dalam pantang boleh menyebabkan mata cepat rabun. Mata pun kena berehat masa dalam pantang rupanya.

5. Keluar rumah waktu senja atau malam



Pantang yang ni memang kak Za ikut sebab logik sangat. Ummi tak cakap pun, rasa-rasa memang sangat betul dari segi sains dan doktor pun mengiakan. Ibu berpantang dan bayi baru lahir sangat lemah dari segi fizikal dan juga rohani. Kalau dari segi sainsnya, mudah dapat jangkitan sebab orang ramai yang mungkin berada di ruangan yang sama mungkin bawa virus. Mungkin mereka baru baik demam atau sakit, jadi mudahlah badan ibu dan bayi yang masih lemah terkena jangkitan.

Malah dalam agama islam sendiri pun disebut tentang larangan keluar waktu senja ni. Kak Za bukan arif sangat, tapi boleh rujuk sendiri ya. Yang Kak Za nak share hadis ni.

Dari Jabir bin Abdullah RA katanya Rasullah SAW bersabda,
"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja." (HR Muslim)

Bagi orang-orang tua pula, waktu senja dan malam hari ada makhluk lain yang sedang keluar bergembira. Nanti terlebih gembira pula bila lihat ibu dan bayi yang masih lemah tu.Eiii hantu syaitan la tu kan, apa lagi makhluk lain, apa-apa pun janji ibu-ibu faham ya.

Biar nampak remeh, tetapi kesannya sangat tidak elok untuk ibu. Kak Za dulu walaupun ada yang terbuat, tapi bila dah anak lima ni baru sedar betapa pentingnya ikut pantang larang ini. Kak Za harap adik-adik yang bakal bergelar ibu dapat manafaat dari perkongsiaan pengalaman kak za.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan