Selasa, 15 September 2015

Berpantang Sendiri Selepas Bersalin Pembedahan/Cesarean

Salam sayang kepada bakal-bakal ibu yang makin hari makin tak sabar untuk menunggu waktu. Tenang ya walaupun terpaksa bersalin secara pembedahan atau ceasarian. Insyaallah semua akan selamat.

Empat orang anak kak za dilahirkan secara czer juga. Hanya anak kedua sahaja yang bersalin biasa. Yang lain macam-macam asbab utk lahir czer. Emergency pula tu. Yang last saja yang memang plan dari awal.

Teringat lepas lahirkan anak ketiga. Itulah sorang sahaja anak perempuan kak za, Nurdina Auliya. Jadi redha sahaja bila Allah bagi dugaan lebih sikit. Dua minggu kak za tak boleh nak angkat kepala. Sakit yang amat hanya Allah saja yang tahu.

Tak tahulah masalah terlebih ubat bius ke, tapi doktor kata mungkin disebabkan angkat kepala awal dari waktunya. Sepatutnya 6 jam pertama tak boleh angkat kepala. Letak kepala atas bantal pun tak boleh. Memang tidur tak selesa tapi enam jam sahaja kena bersabarnya.

Tapi seingat kak Za, rasa-rasanya time tu lepas sedar tu terus kepala rasa berat. Lepas bersalin memang terlena dan bila sedar dah ada dalam wad. Sedar-sedar sahaja kepala sakit sangat. Lepas sehari pun tak boleh nak tidur atas bantal. Nasib baik jururawat di Hospital Sultanah Bahiyah tu  baik sangat. Jururawat yang paling best sekali nurse cina tu. Tak ingat nama dia...

Dia yang banyak bantu ambil bayi dan betulkan kedudukan bayi masa menyusu. Kak Za masa tu nak pandang bayi yang tidur atas lengan pun tak mampu. Nak toleh kiri kanan pun sakit. Memang kepala tak boleh nak gerak langsung. Bila suami datang lewat, jururawat cina tu siap nak tolong suapkan kak za makan lagi. Tapi kak za menolak, segan pula. Jadi sabar tunggu suami. Suami suap lagi best kan...hahaha. mengada-gada kan..

Bila suami datang nurse tu suruh suami buatkan air kopi satu jug bagi kak za minum supaya cepat-cepat sakit kepala tu hilang.Betul cakap nurse tu, memang lega sikit. Tapi kalau angkat kepala, kak za masih tak boleh buka mata dan kena tahan sakit kepala tu.


Lepas 3 hari doktor dah bagi balik rumah sebab semuanya tak ada masalah. Luka pun dah elok bila di buka. Bila di tanya pasal sakit kepala tu, doktor kata itu biasa dan akan hilang dalam dua tiga hari. Lega dengar.

Tapi selepas 2 minggu, sakit kepala berterusan.Tak tahu berapa jag kopi dah ditelan sepanjang tu. Memang ujian besar apatah lagi kami berpantang di rumah sendiri. Anak-anak lagi 2 orang yang masih kecil. Bayi nak diuruskan lagi. Memang ujian berat. Tapi ujian buat suami sebenarnya sebab kak za memang tak boleh nak bangun bergerak. Terbaring sahaja atas katil.

Mulut sahaja yang banyak cakap untuk guide pada suami apa yang perlu dibuat. Pengalaman yang paling ngeri masa suami mandikan bayi. Risau sampai terjerit-jerit tengok bayi tak sampai seminggu mandi bo*el terus dalam besen. Kain tuala dan kain lampin diletak atas katil. Lepas mandi dengan bayi basah-basah tu,dia tak peluk pun, bawa macam budak besar. Takut sangat bayi jatuh. Suami kak za pun lepas tu serik tak nak pegang bayi kecil dah. Dia rasa macam pegang agar-agar je, fragile. Kalau ingat balik, rasa kelakar pula.

Tapi lepas hari tu lah, kak za tekadkan semangat untuk cepat -cepat baik. Walaupun masih belum sembuh sepenuhnya ,tapi tugas mandikan bayi kak Za buat juga sendiri.Walaupun suami mengaku tak mampu buat tugas ini, tapi semua tugas-tugas lain termasuk memasak, suami yang buat.

Inilah persefahaman yang perlu ada bila bergelar ibubapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan