PANDUAN BERPANTANG

Berpantang Sendiri Selepas Bersalin Bukan Mudah.
Tetapi Ia Bukan Mustahil!

Sejak melahirkan anak kedua pada tahun 2008 dan seterusnya sehingga anak ke 5 pada 2014, saya berpantang di rumah sendiri bersama suami. Ia satu pengalaman yang berharga kerana ia bukan mudah. Tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil jika suami dan isteri sama-sama bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran sepanjang tempoh berpantang.

Pada permulaan dahulu sewaktu berpantang anak kedua, kami suami isteri masing-masing belum pengalaman. Anak kedua lahir cukup-cukup setahun umur anak yang sulong. Ingatkan seorang sahaja perlu diberi perhatian, rupa-rupanya kedua-duanya perlukan perhatian yang teliti. Yang sulong baru nak belajar berjalan dan masih menyusu badan, yang kedua pun masih belum mengerti apa-apa. Waktu ini mujur saya ada pengalaman dengan anak-anak saudara yang ramai. Tetapi kasihan suami, sebagai anak sulong dia memang panik hendak menguruskan anak pertama dan juga isteri yang berpantang pada masa yang sama.

 Saya sedar, bukan kami sahaja yang menghadapi keadaan kelam kabut begitu. Mungkin ada ibu-ibu lain yang mahu berpantang sendiri dan perlukan panduan untuk menjayakannya. Saya berazam untuk membantu ibu-ibu muda ini agar segalanya mudah dengan perancangan yang rapi. Saya mulakan dengan ebook yang pertama, iaitu "40 Hari Berpantang 40 Resepi". 

Kenapa buku resepi untuk ibu berpantang menjadi pilihan saya? Kerana saya agak memilih apa yang ingin dimakan. Saya sanggup tidak makan jika apa yang dihidangkan tidak memenuhi selera. Sewaktu berpantang juga sama. Pernah terjadi saya demam mengigil sewaktu berpantang anak pertama kerana langgar makanan pantang. Waktu tu tak faham kenapa sejuk mengigil sedangkan badan tak seperti demam pun. Suami pun tak tahu nak buat apa. Memang kalut masa tu. 

Makan saja, apa yang peliknya... tapi itulah. Dari pilihan makanan yang betullah yang membuatkan ibu sihat, langsing dan kembali bertenaga selepas bersalin. Jadi menu berpantang memang penting!

 Apa yang ada dalam buku resepi berpantang ini? Saya berikan screenshoot beberapa mukasurat supaya ibu-ibu boleh nilai sendiri.


Apakah kebaikan yang boleh didapati daripada Ebook "40 Hari Berpantang 40 Resepi".

1. Tak perlu susah-susah fikir nak makan apa sepanjang tempoh berpantang
2. Resepi mudah yang boleh disediakan sendiri atau boleh disediakan oleh suami walaupun tak reti masak sebelum ini.
3. Resepi berpantang ini boleh bantu ibu-ibu yang lepas bersalin kembali langsing
4. Lengkap untuk 40 hari, setiap hari ada resepi berbeza yang membuatkan ibu berpantang tak rasa muak makan lauk yang sama.
5. Bahan-bahan masakan juga ringkas tetapi sedap. Tak perlu nak pening kepala nak cari bahan-bahan untuk penyediaan memasak.

Mahu Mudahkan Tugas Suami?

Harga Biasa RM 49.00

Harga PROMO RM 15.00 SHJ

http://www.bengkungmama.com/products-page/produk-kurus/ebook-berpantang/


 

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan